Didatangi 2 Wanita Berjubah Masuk Sampai Bilik Rumah


Kes ini berlaku di Taman Fasa 2D Seri Manjung. pada 22 Oktober 2015.
Pada jam 11 pagi, rumah incas saya didatangi oleh dua wanita berjubah. Seorang berbadan tegap dan seorang lagi berbadan sedang-sedang. Waktu itu incas saya bekerja, yang ada di rumah pada waktu itu isteri dia, menanti dan cucu dia sahaja. Majoritinya perempuan dan seorang anak lelaki tetapi di dalam bilik air pada waktu itu.

Dua wanita ini datang membuka pintu pagar dan pintu gelongsor rumah, dengan tidak memberi salam terus masuk ke dalam rumah. Nasib baik anak perempuan dia ternampak.

Selepas itu, dua wanita tersebut bertanya "Mak ada tak?". Anak dia pun panggillah mak dia di dapur. Mak dia datang dan bertanya tujuan kedatangan dua wanita tersebut.

Mereka berkata mereka dari persatuan anak yatim datang nak mengutip derma.

Mak dia pun masuklah ke dalam bilik untuk mengambil duit. Sedar-sedar seorang dari wanita itu berada di belakang ikut masuk ke dalam bilik.

"Eh? Kenapa masuk bilik orang ni?" kata maknya yang terus menjerit memanggil anak-anaknya yang lain.

Mendengar jeritan itu, dua wanita itu terus panik dan berlari keluar dari rumah.

Semasa dalam bilik itu, ada dua orang budak kecil. Seorang 4 tahun dan seorang lagi 4 bulan setengah sedang tidur. Kalau betul datang nak minta derma, kenapa tak bagi salam dan kenapa masuk sampai ikut ke bilik? Mungkin juga mereka mahu merompak atau menculik.

Jadi, berhati-hatilah semua. Kunci pintu pagar rumah dengan pintu rumah sekali walaupun kita ada di dalam. Sekarang macam-macam kes yang tidak diingini berlaku.

Menurut isteri dia, dua wanita itu berpakaian jubah berwarna merah jambu dan di bahagian depan jubah mereka tertulis persatuan sahaja serta menggunakan payung Avon. Hati-hati semua. - Mesej yang tersebar di WhatsApp.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Didatangi 2 Wanita Berjubah Masuk Sampai Bilik Rumah"

 
Template By Kunci Dunia
Back To Top