Polis menahan seorang lelaki awal pagi tadi, yang dipercayai membunuh seorang remaja perempuan di rumah mangsa di Bandar Baru Teluk Kumbar, malam tadi.
Suspek berusia 20 tahun ditahan di kawasan Bayan Lepas dan polis turut menemui senjata yang digunakan untuk membunuh mangsa.
Jurucakap polis berkata, suspek dipercayai menceroboh bilik mangsa ketika dia tinggal seorang di rumah ketika kejadian.
“Suspek yang bersembunyi sekitar kawasan ini turut mengambil telefon bimbit mangsa.
“Dia dijangka direman pagi ini di Mahkamah Majistret Balik Pulau bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Dalam kejadian malam tadi, Intan Suraya Mawardi, 17, ditemui mati dengan lehernya dikelar.
Sumber Fb Mangsa:
Mangsa ditemui bapanya kira-kira jam 7.30 malam di atas katil dalam keadaan berselimut ketika mahu mengejutkan mangsa yang disangka sedang tidur.
"'Saya terpaksa buat begitu kerana dia tak nak.
Rasa-rasanya apa sebab lelaki ini menceroboh rumah mangsa seterusnya membunuh mangsa ye? apa-apapun kita tunggu laporan bedah siasat serta laporan polis dan keterangan dari suspek sendiri. Al-fatihah kepada keluarga mangsa. semoga tabah menghadapi dugaan ini.
0 Komentar untuk "Kata-kata Terakhir Paling Sayu Mangsa "