Kini Inilah Akhirnya Penamat Cerita Zamani Slam Semoga Peminat Zamani Tabah



Kecoh seketika industri hiburan tanah air apabila Zamani Slam baru-baru ini didakwa melarikan diri daripada pusat pemulihan Pengasih. Bagaimanapun, menurut penyanyi itu sendiri dalam satu sidang media yang diadakan, tempoh untuk berada di pusat pemulihan tersebut sudah pun tamat.
“Saya bukan melarikan diri sebaliknya mengambil keputusan untuk keluar dan yakin mampu untuk hidup sendiri selain ingin meneruskan kerjaya sebagai penyanyi. Tiada isu tentang melarikan diri kerana tempoh saya di sini hanya enam bulan tetapi saya teruskan hingga lapan bulan dan perbincangan untuk keluar sudah dibuat dua minggu lalu antara keluarga saya dan pihak Rumah Pengasih”

“Namun sehingga sekarang mereka tidak ada jawapan untuk beri pelepasan kepada saya. Pada perbincangan itu juga mereka berat untuk melepaskan saya keluar dari pusat ini. Saya buat laporan polis pada pukul 3 pagi di Muar. Saya buat laporan bukan kerana saya tahu tentang laporan akhbar bahawa saya melarikan diri sebaliknya sebagai memberitahu saya sudah keluar dari pusat itu”

“Saya akan berusaha untuk menjaga diri saya di dunia luar dengan bantuan dan pengawasan daripada pihak keluarga serta pengurusan saya,” jelasnya kepada mStar Online sekaligus memberi gambaran sebenar kejadian yang terjadi baru-baru ini.

Terdahulu pada 6 Mei lalu, Mahkamah Majistret Ampang menjatuhi hukuman denda masing-masing sebanyak RM5,500 terhadap Zamani dan pembantu peribadinya Nur Juliana Abdul Rani, 32, selepas kedua-dua mereka mengaku salah atas tuduhan memiliki dan mengambil dadah.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Kini Inilah Akhirnya Penamat Cerita Zamani Slam Semoga Peminat Zamani Tabah"

 
Template By Kunci Dunia
Back To Top