Baru-baru ini, pelakon Syazwan Zulkifly telah menyatakan hasratnya untuk terus berundur dari dunia lakonan dan perkara tersebut pastinya menarik perhatian media untuk mengetahui sebab di sebalik tindakan tersebut.“Saya putus asa. Kalau orang kata saya tak kuat, iya, memang saya tak kuat untuk berhadapan dengan situasi ini. Ini masalah peribadi yang pasti akan merosakkan nama saya. Jadi sebelum saya kena ‘gam’ oleh mana-mana pihak, lebih baik undur diri”
“Saya sayangkan kerjaya ini, tetapi jika apa yang akan berlaku nanti menyebabkan ibu bapa saya menderita, lebih baik berhenti. Saya sayangkan ibu saya. Mungkin saya akan lebih terlibat dengan kerja belakang tabir. Namun tidak untuk di hadapan kamera,” ujar Syazwan kepada portalMangga Online.
Selain itu, apabila Syazwan ditanya mengenai apakah punca sebenar isu ini, dia mengakui bahawa ia melibatkan cerita peribadi dengan kekasihnya Shenty Feliziana namun dia tidak mahu hal sebenar menjadi kecoh.
Jika benar Syazwan berputus asa hanya kerana kekasih, tolonglah jadi dewasa Syazwan. Walau apa pun khilaf kita pada masa lepas, hanya kita sendiri boleh ubah. Selagi bernafas, selagi itu boleh berubah. Selagi bernafas, selagi itu tiada istilah putus asa.
0 Komentar untuk "Tindakan Paling Sweet Syazwan Kulkifly Demi Kekasihnya Tarik Perhatian Ramai Gadis ! Ada Lagi Lelaki Sweet Macam ni"