Saya adalah pengguna perkhidmatan Celcom. Saya dah guna Celcom 3 tahun lebih dah. Saya guna sim jenis S.O.X(School of Xpax) dan saya tak guna sebarang internet plan. Hari ini saya rasa teraniaya dengan Celcom dan nak berhenti guna perkhidmatan Celcom.
Saya dah perasan berbulan lama bila top up duit, selalu hilang tanpa sebab. Pernah saya top up RM5, hilang terus tanpa saya guna langsung. Empat hari yang lalu, saya top up RM10. Saya baru guna RM3 dan sedar-sedar saja baki kredit RM7 dah habis. Disebabkan saya tak tahu selok-belok phone dan Celcom ini, saya just assume saya tertekan button Mobile Data dan duit saya habis di situ.
Tetapi semalam, saya tanya pada orang yang tahu selok-belok bab ini. Die cek Data Usage pada phone saya. Dia kata saya hanya on mobile data pada 3 hari di bulan Jun sahaja. Memang betul pun, time tu saya langgan RM1 sehari sebab ada urusan di tempat lain dan saya dah berhenti dari melanggan terus pada masa itu.
Persoalannya, ke mana kredit saya yang banyak itu hilang?
Saya menghubungi 1111, Celcom Customer Care, saya cakap dengan operator bertugas tentang masalah yang saya hadapi. Pada awalnya, operator Celcom itu bertanya, ada atau tidak terima mesej dari nombor lima angka. Saya kata, memang ada menerima mesej tersebut tetapi saya tidak pernah respon langsung dengan mesej itu.
Namun, operator itu menjelaskan, ada jenis mesej yang jika tidak dibalas dengan BATAL/NO, secara automatiknya pelanggan akan dianggap bersetuju untuk menerima tawaran yang diberikan.
What??!! Saya tak setuju apa-apa pun kredit saya tetap diambil pula? Another fact is, dalam mesej itu tak ada pula kata kalau tak setuju kena balas NO atau perkataan yang sewaktu dengannya.
Mengambil kredit saya tanpa keizinan saya dan tanpa sebarang notis adalah satu penindasan terhadap pelanggan! Ini penindasan yang sangat serius!
Operator itu kemudian berkata, kalau nak batalkan dia boleh buatkan. Saya terus suruh dia batalkan. Tapi dia nasihatkan di masa akan datang, kena minta batalkan lagi. Saya sempat bertanya bagaimana nak mematikan terus supaya saya tidak akan terkena dengan mesej-mesej seperti itu lagi. Jelasnya, tiada apa yang boleh dilakukan kerana sistem sudah ditetapkan begitu.
Tiba-tiba talian terputus.
Selepas itu saya terus periksa mesej dari nombor lima angka itu. Dalam masa 48 jam yang saya topup RM10 itu, tiada langsung mesej dari nombor lima angka itu. Saya menjadi keliru dan menghubungi semula 1111.
Saya terpaksa menceritakan semula perkara yang sama sebab operator yang berlainan pula melayani aduan saya. Saya tanya, bila last duit saya kena tarik dengan mesej-mesej lima angka itu? Operator itu memberikan saya beberapa tarikh dan waktu yang spesifik yang ternyata memang saya tidak dapat mesej-mesej tersebut.
Saya memaklumkan pada dia bahawa saya sudah menyemak telefon dan kali terakhir mendapat mesej dari nombor lima angka itu adalah pada bulan Jun yang lalu. Saya siap serta nyatakan sekali mesej itu dari nombor mana dan baca balik mesej tersebut pada dia, pukul berapa saya terima dan mesejnya begini:
RM0 Tonton video-video gempak dari seluruh dunia yang pastinya menghiburkan! Klik http:/m.thecube.my/mmvi skrg! Msj dr Celcom.Info:1111 - Jun 28,2015, 5:49 PM
Saya tanya balik, ke mana sebenarnya kredit RM7 saya itu hilang? Operator itu pula berkata dia akan menyambungkan talian saya dengan supervisor dia. Sekali lagi saya terpaksa mengulangi cerita yang sama kepada supervisor dia.
Dia bertanya sama ada saya menggunakan apps Instagram atau tidak, saya menjawab ada menggunakan apps tersebut. Serta merta dia terus mendakwa mungkin itu punca kredit saya hilang.
Jawapan dia membuatkan saya semakin keliru. Apa kaitan guna apps dengan kredit saya yang hilang secara misteri ini?
"Ada tak pop up ads tiba-tiba timbul?" tanyanya selepas saya bertanya apa kaitan apps Instagram dengan kredit yang hilang.
"Di Instagram tak ada,"
"Ada guna apps YouTube tak?" tanyanya lagi.
"Ada, memang ada pop up ads," balas saya pada pertanyaan dia.
"Itulah puncanya kredit encik dipotong," katanya.
"Macam mana pula guna apps boleh tarik kredit?"
"Memang begitu encik. Bila ada pop up ads yang keluar, sama ada di browser ke YouTUbe atau YouTube ke Instagram ke, kena hubungi Celcom dan minta operator untuk batalkan," jelasnya.
"Macam mana saya nak tahu kredit saya kena tarik kalau begitu?" tegas saya pada dia yang juga menyuruh dia menyemak bagaimana kredit RM7 saya boleh hilang tanpa sebab.
"Maaflah encik, malam ini sistem kami down,".
Ah sudah! Akhirnya misteri kehilangan kredit berjumlah RM7 milik saya tidak terjawab.
Saya dari dulu menyangkakan Celcom adalah perkhidmatan yang terbaik dari yang lain. Tetapi apabila mengetahui sisi buruk perkhidmatan Celcom yang sebenar ini membuatkan saya membuka mata. Keluarga saya kata, memang ramai yang sudah terkena sehingga ada pelanggan yang dicaj sebanyak RM18,000, RM2,000. Kakak dan abang saya sendiri pernah kena dan mereka sudah bertukar ke perkhidmatan talian yang lain.
Saya kongsikan perkara ini sebab saya rasa saya dianiaya dan bertanggungjawab mendedahkan perkara ini agar orang lain tidak teraniaya sama. Apa yang saya boleh simpulkan, Celcom menggunakan kelemahan kita untuk mendapatkan keuntungan. Seriously, ambil duit orang tanpa sebab dan tanpa notis adalah satu penganiayaan yang sangat besar.
Mungkin anda sendiri pernah mengalami masalah yang sama tetapi tidak perasan dan tidak pernah periksa. Saya menggunakan prepaid, mudahlah untuk perasan bab-bab ini. Bagaimana pula dengan mereka-mereka yang menggunakan bil? Tiap-tiap bulan kredit mereka dicuri tanpa sedar.
Bukankah Maqasid Syariah menuntut supaya tiada penganiayaan ke atas kita semua? Bukankah kita perlukan negara yang secure untuk hidup dengan tenang? Bukankah kita perlukan syarikat-syarikat yang membuat urusan yang adil? Tolong sebarkan agar tiada lagi yang dizalimi dan dianiayai seperti apa yang terjadi pada saya. - Yusuf Zamani
0 Komentar untuk "'CELCOM Curi Kredit Saya TANPA IZIN !!!'"